Wednesday, 5 December 2012

Penggunaan TMK dalam Strategi P & P

Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak semestinya digunakan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran.  Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka.  Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran membolehkan murid mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran dan mencapai standard kurikulum.

Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dan membentuk guru dan murid untuk  lebih kreatif dan inovatif.

Belajar mengenai TMK, Belajar dengan TMK dan Belajar Melalui TMK  mesti digabungkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.  Integrasi TMK boleh diimplementasikan secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK.  Guru disarankan mengintegrasikan TMK melalui aktiviti berasaskan projek atau tugasan.

No comments:

Post a Comment