Friday, 7 December 2012

Pengajaran Sains yang Berkesan

Guru Yang Berjaya
Setiap guru bertanggungjawab untuk mengajar murid agar murid dapat memeroleh ilmu pengetahuan, maklumat dan seterusnya mengubah tingkah laku murid.

Pengajaran yang berkesan merupakan proses yang membawa perubahan murid dari aspek rohani, minda dan juga fizikal murid.

Di akhir proses pengajaran, murid memahami, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran berfikir dan juga dapat menjalankan aktiviti.




                         Pengajaran yang Berkesan=

kepakaran guru +
 keperluan bahan pengajaran +
   Kaedah pengajaran  +
       kemahiran berkomunikasi








Wednesday, 5 December 2012

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi P & P mengutamakan pemikiran fitrah yang bermaksud satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum.

Aktiviti dalam pemikiran fitrah adalah aktiviti yang dapat mencetuskan fikiran kritis dan kreatif murid.

Murid pelu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran

Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid supaya murid dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya kreatif dan kritis mereka.

Murid yang aktif melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Pemikiran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran konstekstual dan pembelajaran.


Penggunaan TMK dalam Strategi P & P

Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak semestinya digunakan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran.  Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka.  Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran membolehkan murid mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran dan mencapai standard kurikulum.

Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dan membentuk guru dan murid untuk  lebih kreatif dan inovatif.

Belajar mengenai TMK, Belajar dengan TMK dan Belajar Melalui TMK  mesti digabungkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.  Integrasi TMK boleh diimplementasikan secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK.  Guru disarankan mengintegrasikan TMK melalui aktiviti berasaskan projek atau tugasan.