Sunday, 11 November 2012

Pelaksanaan Elemen TMK dalam Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi

Pelaksanaan TMK dalam KSSR

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan,
menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.


Tahap I

TMK dilaksanakan secara integrasi merentas kurikulum dan sebagai elemen dalam Teras Tema.

Tahap II

TMK dilaksanakan secara integrasi merentas kurikulum dan TMK dilaksanakan sebagai mata pelajaran.


Objektif  TMK

Pada akhir persekolahan di peringkat sekolah rendah, murid akan dapat:


  • menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
  • memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
  • Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
  • Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
  • Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
  • Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Friday, 9 November 2012

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains

BERFIKIR  ....BERFIKIR....?!????

Unit 1 :  Pengenalan

Kemahiran Berfikir (KB) juga dikenali Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah lama diperkenallkan dalam memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalalm kebanyakan mata pelajaran di sekolah. Penerapan KB ini amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.

Unit 2:   Apakah Berfikir

Berfikir ..
.. melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. ( Mayer, 1977)

..merupakan pembentukan idea, pembentukan semual pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentyuk tertentu. (Fraenkel, 1980)

..ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991)

Dapat dirumuskan bahawa " Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelelesikan masalah.

Proses Berfikir
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuautu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri?. Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah:-

1. Apakah objek itu
2. Apakah kegunaannya
3. Bagimanakah menggunakannya
4. Adakah ia memberi manfaat

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan , anda menggunakan aspek yang berikut:-

---Pengetahuan ( apa yang anda tahu tentang objek itu)
---Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang objek itu)
---Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai.



Model Kemahiran Berfikir

1. Kemahiran berfikir kritis
   --- kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalautif
2. Kemahiran berfikir kreatif
  ---- kebolehan untuk menerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif, idea baru terhasil   
   melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

Strategi berfikir
Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi n\beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengakaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir menaakul
membantu kita sebagai pelincir dalam mambuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Kemahiran berfikir sama ada kritis, kreatif, menaakul atau strategi berfikir semuanya saling berkait.

Kemhiran berfikir kritis membolehkan seseorang itu:-
- Mencirikan
- Membandingkan dan membezakan
- Mengumnpul dan mengelas
- Membuat urutan
- Menyusun mengikut keutamaan
- Menganalisis
- Mengesan kecondongan
- Menilai
- Membuat kesimpulan

Kemhiran berfikir Kreatif membolehkan seseorang itu:-
- menjana idea
- Menghubung kaitkan
- Membuat inferens
- Meramalkan
- Membuat hipotesis
- Mensistesiskan
- Mengitlaks
- Membuat gambaran mental
- Menganalogikan
- Mereka cipta

Kemahiran berfikir Menaakul membolehkan seseorang itu:-
- Logik
- rasional

Manakala Strategi Berfikir membolehkan seseorang itu:-
- Mengkonsepsikan
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan

Dokumen Prestasi Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Thursday, 8 November 2012

Contoh Rancangan Harian


Topik: SEMUANYA CUKUP
Ringkasan:
Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
Standard Kandungan:  Sains Hayat
 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.
Standard Pembelajaran:
2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air,udara dan tempat perlindungan
2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh:
60 minit
Sumber:
1. Hamster (atau sebarang haiwan peliharaan yang sesuai) 2. Kad keperluan asas haiwan (Lampiran)3. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran.   4. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.         
  5. Lembaran Kerja   = Pengayaan.
Aktiviti:
Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan hamster yang dipelihara di dalam sangkar.
   (Nota : Guru boleh menggantikan haiwan lain mengikut keadaan)
 2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang hamster tersebut.
     Contoh:Guru : Bagaimana kamu memastikan hamster ini terushidup?
                     Murid : Saya beri makan dan minum, cikgu .
                      Guru : Kenapa kita pelihara hamster ini dalam sangkar?
                      Murid : Takut kucing makan, cikgu.
                      Guru : Kenapa kita guna sangkar dan bukan bekas yang bertutup?"
                      Murid : Takut dia mati, cikgu.
3. Guru membimbing murid untuk menyatakan keperluan asas untuk haiwan hidup adalah makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
4. Murid menjawab Lembaran Kerja 1.

Aktiviti 2
1. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah dan menuju ke kawasan lapang di sekitar
     sekolah untuk menjalankan satu aktiviti.

2. Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan iaitu:
     Kumpulan A sebagai 'arnab'
     Kumpulan B sebagai 'keperluan asas haiwan'.

3.  Guru meminta kedua-dua ahli kumpulan untuk berdiri menghadap satu sama lain.
4.  Setiap ahli kumpulan 'arnab' diberi satu set kad keperluan asas haiwan iaitu makanan,udara, air dan tempat perlindungan.

5.  Kumpulan 'keperluan asas haiwan' pula diminta memilih satu kad keperluan asas haiwan sama ada makanan,udara, air atau tempat perlindungan.

6.  Guru meminta ahli kumpulan 'keperluan asas haiwan' yang mendapat kad keperluan asas haiwan  
     membuat isyarat seperti berikut: 
    i) meletakkan tangan di atas kepala - tempat
      perlindungan
 ii) meletakkan tangan di perut – makanan    
   iii) meletakkan tangan di kerongkong – air
iv) meletakkan tangan di hidung – udara

7. Ahli kumpulan 'arnab' dikehendaki mencari keperluan asasnya dari kumpulan 'keperluan asas haiwan' yang membuat isyarat tersebut.

8. Guru dan murid menjalankan aktiviti 6 dan 7 di atas berulang kali sehingga terdapat ahli
kumpulan 'arnab' yang mendapat semua keperluan asasnya.

9.  Ahli kumpulan arnab yang tidak mendapat keperluan asas yang cukup dikira mati dan dikeluarkan daripada permainan.

10.  Guru memainkan permainan ini beberapa kali dengan mengubah bilangan ahli kumpulan dalam kedua-dua kumpulan bagi memberi peluang kepada murid untuk menjadi rusa dan keperluan asas haiwan.
11.  Guru membuat perbincangan dengan murid berkaitan maksud yang tersirat di sebalik
       permainan rusa dan keperluan asas hidupnya berdasarkan permainan yang telah
       dijalankan.
12. Murid menjawab Lembaran Kerja 2, 3, 4 dan 5 selepas permainan rusa dan keperluan
       asas hidupnya dimainkan.

Sunday, 4 November 2012

SAINS TAHUN 2

                                           Langkah-langkah Memasang Set Binaan
pemilihan komponen
set binaan
membaca manual
semasa memasang
mengikut langkah-langkah

pembukaan hasil binaan
simpan komponen
penyimpanan dalam proses