Topik: SEMUANYA CUKUP
Ringkasan:
Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan
asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
Standard Kandungan: Sains
Hayat
2.1 Memahami haiwan
mempunyai keperluan asas untuk hidup.
Standard Pembelajaran:
2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan,
air,udara dan tempat perlindungan
2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
Tempoh:
60 minit
Sumber:
1. Hamster (atau sebarang haiwan peliharaan yang sesuai) 2.
Kad keperluan asas haiwan (Lampiran)3. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran. 4. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.
5. Lembaran Kerja = Pengayaan.
Aktiviti:
Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan hamster yang dipelihara di dalam sangkar.
(Nota : Guru boleh menggantikan haiwan lain mengikut
keadaan)
2. Guru bersoaljawab
dengan murid tentang hamster tersebut.
Contoh:Guru :
Bagaimana kamu memastikan hamster ini terushidup?
Murid
: Saya beri makan dan minum, cikgu .
Guru
: Kenapa kita pelihara hamster ini dalam sangkar?
Murid
: Takut kucing makan, cikgu.
Guru
: Kenapa kita guna sangkar dan bukan bekas yang bertutup?"
Murid
: Takut dia mati, cikgu.
3. Guru membimbing murid untuk menyatakan keperluan asas
untuk haiwan hidup adalah makanan, air,
udara dan tempat perlindungan.
4. Murid menjawab Lembaran Kerja 1.
Aktiviti 2
1. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah dan menuju ke
kawasan lapang di sekitar
sekolah untuk
menjalankan satu aktiviti.
2. Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan iaitu:
Kumpulan A
sebagai 'arnab'
Kumpulan B
sebagai 'keperluan asas haiwan'.
3. Guru meminta
kedua-dua ahli kumpulan untuk berdiri menghadap satu sama lain.
4. Setiap ahli
kumpulan 'arnab' diberi satu set kad keperluan asas haiwan iaitu makanan,udara, air dan
tempat perlindungan.
5. Kumpulan
'keperluan asas haiwan' pula diminta memilih satu kad keperluan asas haiwan sama ada makanan,udara, air atau tempat perlindungan.
6. Guru meminta ahli
kumpulan 'keperluan asas haiwan' yang mendapat kad keperluan asas haiwan
membuat
isyarat seperti berikut:
i) meletakkan
tangan di atas kepala - tempat
perlindungan
ii) meletakkan tangan di perut –
makanan
iii) meletakkan tangan di kerongkong – air
iv) meletakkan tangan di hidung –
udara
7. Ahli kumpulan 'arnab' dikehendaki mencari keperluan
asasnya dari kumpulan 'keperluan asas haiwan' yang membuat
isyarat tersebut.
8. Guru dan murid menjalankan aktiviti 6 dan 7 di atas
berulang kali sehingga terdapat ahli
kumpulan 'arnab' yang mendapat
semua keperluan asasnya.
9. Ahli kumpulan arnab yang tidak mendapat keperluan asas yang cukup dikira mati dan dikeluarkan daripada permainan.
10. Guru memainkan permainan ini beberapa kali dengan
mengubah bilangan ahli kumpulan dalam kedua-dua kumpulan bagi memberi peluang kepada murid untuk menjadi rusa dan keperluan
asas haiwan.
11. Guru membuat
perbincangan dengan murid berkaitan maksud yang tersirat di sebalik
permainan rusa
dan keperluan asas hidupnya berdasarkan permainan yang telah
dijalankan.
12. Murid menjawab Lembaran Kerja 2, 3, 4 dan 5
selepas permainan rusa dan keperluan
asas hidupnya
dimainkan.